Sunday, April 10, 2011

Menangis...


Berkata Ibnu Qayyim, terdapat 10 jenis tangisan iaitu :
  • Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
  • Menangis kerana rasa takut.
  • Menangis kerana cinta.
  • Menangis kerana gembira.
  • Menangis kerana menghadapi penderitaan.
  • Menangis kerana terlalu sedih.
  • Menangis kerana terasa hina dan lemah.
  • Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
  • Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
  • Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
“..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis.” (An Najm : 43) Jadi, Allah lah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya tangisan itu sendiri. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti….kalaulah air mata itu di tampung banjirlah dunia ini.
Tangis yang tercela dan terpuji Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Air mata yang tidak di tuntut :
  • Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
  • Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
  • Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
  • Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
  • Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
  • Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.
Tangisan yang memadamkan api Neraka “Rasulullah saw bersabda : Tidaklah mata seseorang menitiskan air mata kecuali Allah akan mengharamkan tubuhnya dari api neraka. Dan apabila air matanya mengalir ke pipi maka wajahnya tidak akan terkotori oleh debu kehinaan, apabila seorang daripada suatu kaum menangis, maka kaum itu akan di rahmati. Tidaklah ada sesuatupun yang tak mempunyai kadar dan balasan kecuali air mata. Sesungguhnya air mata dapat memadamkan lautan api neraka.”

Monday, April 4, 2011

BLUEBERRY MUFFIN

Assalamualaikum...Maaf lah sebab dah lama tak update blog nie.. Hari nie aku nak berkongsi cerita sikit ngan korang semua...baru2 nie aku ada cuba resepi baru.. aku jumpa resepi nie kat dalam blog orang... tak silap aku kat my resepi aku jumpa resepi muffin nie...cara penyediaan nye pon mudah... korang nak tgk tak macam mane rupa muffin yang aku buat...jap ye...
Ni lah rupa muffin yang aku wat...
Aku kene wat muffin nie sebanyak 300 biji untuk dihantarkan kepada nenek sedara aku..anaknye nak berkahwin, so aku pon wat kan lah muffin nie...

Korang nak tahu tak ape bahan-bahannya;

70g butter-suhu bilik
60g
gula
1 biji telur-suhu bili
k
2-3 titik esen
vanila
4 sudu besar susu seg
ar
100g tepung gandum } mklang ganti
ngan self raising flour
1 sudu kecil baking powd
er }
blueberry jem se
cukupnya.

Cara-caranya ialah
:

1. Pukul butter sehingga jadi bentuk krim. Kemudian masukkan gula pukul sehingga putih.
2. Masukkan pula telur dan kacau. Diikuti dgn esen vanila dan susu segar. Pukul sehingga sebati.
3. Ayakkan tepung + baking powder ke dalam no.2. Kacau dengan spatula.
4. Isikan 1/2 bekas muffin dengan adunan tadi. Kemudian isikan 1/2 sudu jem. Masukkan 1 sudu besar lagi adunan muffin.
5. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama 25 minit.

Mudahkan cara-caranya...nak tengok tak gambar2nye...sekejap ye...

Ni mase dalam oven

Nie lah hasilnya...hanya dengan 1 malam, aku dapat menyiapkan muffin sebanyak 300 biji...
Selamat mencuba kepada sesiapa yang nak mencuba...Insyaallah menjadi...:)