Berkata Ibnu Qayyim, terdapat 10 jenis tangisan iaitu :
- Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
- Menangis kerana rasa takut.
- Menangis kerana cinta.
- Menangis kerana gembira.
- Menangis kerana menghadapi penderitaan.
- Menangis kerana terlalu sedih.
- Menangis kerana terasa hina dan lemah.
- Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
- Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
- Menangis orang munafik - pura-pura menangis.
Tangis yang tercela dan terpuji Ada tangisan yang sangat di cela umpamanya meratapi mayat dengan meraung dan memukul-mukul dada atau merobek-robek pakaian. Ada pula tangisan sangat-sangat di puji dan di tuntut iaitu tangisan kerana menginsafi dosa-dosa yang silam atau tangis kerana takut akan azab dan siksa Allah.
Air mata yang tidak di tuntut :
- Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
- Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
- Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
- Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
- Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang bersedekah buat amalan.
- Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.

